Jangan berhenti , berdoalah.



Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Bersyukurlah kepadaNYA apabila hajat kita disampaikan..


Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan dan mengharapkan petunjuk. Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA


 

Sebagaimana Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu berfirman,"Berdoalah kepadaKU, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina"

Panjatkanlah doa semoga seluruh umat Islam selamat daripada apa jua bencana dan wabak durjana itu.

Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa kami,
Lindungilah kami daripada segala bencana dan penyakit-penyakit yang berjangkit, Jadikanlah kami, hambaMU yang sentiasa taat dan tabah dalam menghadapi dugaan, Bantulah kami dalam memperbaiki amalan dan perlakuan kami,
Bantulah kami dalam meningkatkan keimanan kepadaMU, Ya Allah,
Bantulah kami dalam menjadi hambaMU yang taat dan patuh kepadaMU, Ya Allah..
Ya Rahman..Ya Rahim...
Permudahkan kami dalam menghadapi dugaanMU, Ya Allah...






No comments:

Post a Comment