Aku nak berubah! nak! tapi camne? kenapa susah sangat . Allah je tahu perasaan ni. Aku sedar yang selama ni kita banyak buat dosa. Selalu sangat lalai. aku malu :( mama , ayah maafkan anakmu tak mendengar kata .
huk3
Selama hidup kat dunia ni apa kebaikan yang aku dah buat?
Cukup ke kebahagiaan yang aku beri buat mama dan ayah?
Banyak dah ke amalan yang aku buat?
Iman masih senipis kulit bawang .
masih lagi berlagak , sedangkan dunia ni hanya sementara.
Allahuakbar, bila aku fikir balik. Bodohnya aku , sangat sangat
Tahun demi tahun , hari demi hari berlalu , dah 21 tahun pun tahun ni. dah cukup dewasa untuk fikirkan yang terbaik. Aku seorang yang sangat panas baran , aku merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik dan aku sorang je perumpuan , adik adik aku pun cakap aku garang. tapi aku rapat dengan adik bongsu.
Disini bermula cerita...
Sejak tu , aku mula mengawal sifat marahku, aku dah kurang membebel , bising.
Biasalah , adik adik semua lelaki , bab bab mengemas memang ZERO! aku sorang je
betina laaa . hihi
Aku tak lagi mengamuk , aku cuba bersikap toleransi , aku cuba berubah. Aku fikir sampai bila patut aku perangai camni. Aku kakak dan aku anak pertama dan aku patutnya jadi contoh yang baik. Bukan sekali dua mama tegur perangai aku. tapi entah kenapa aku ni degil sangat *ketukkepala*
Alhamdulillah , syukur pada Allah aku sudah boleh mengawal perasaan panas baran ni , aku rasa nak marah je cepat cepat masuk bilik , istighfar. tenang rasanya . berperang dengan perasaan ni hebat penangannya hampir je tewas , adik adik nakal betul lahh .
Dari situ aku muhasabah diri , aku kena lagi perbaiki diri, nak orang hormat kita , kita kena hormat orang juga bukan , jadi aku insafi diri. aku kena berubah bukan dari segi akhlak tapi semuanya demi mendapat keredhaan Allah.
Aku masih lagi belajar , dan perbaiki diri , aku masih lagi jahil , aku hina , aku berdosa . Dahulu , bila tinggalkan solat , masih boleh bergembira tapi sekarang 1 waktu tinggal rasa bersalah sangat2. Allahukabar , nikmat tu yang aku rasakan , aku dapat rasa aku mula cintakan Allah dari segala-galanya. Dalam aku cuba untuk berubah aku ditinggalkan dan meninggalkan cinta manusia merupakan hikmah hebat yang Allah bagi , aku tak lagi bersedih dengan cinta lalu. Aku mencintai Allah , dan aku masih berusaha perbaiki diri agar amalan amalan ku diterima dan diberkati Allah . aminnn , Doakan aku terus istiqamah .
Ya Allah!
Kusedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku
Tuhan... Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan... Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari
Tuhan... Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya.
No comments:
Post a Comment