Bangkit Dari Kegagalan

Rasanya hampir semua orang pernah rasa kegagalan bukan? gagal bercinta. gagal dalam pelajaran , gagal memenuhi kehendak, gagal hmm , pape je laa. jadi pokoknya FAILED! kalau yang tak pernah tu huntunglahh kau kann , tapi takpe sayang jangan risau , gagal sekali tak bermakna gagal selamanyaa. Gagal tu membuat kita jadi lebih kuat! lebih tabah , lebih berhati hati dan lebih menghargai kehidupan . Cam aku aku sendiri jujur aku cakap aku pernah gagal dalam pelajaran gagal bercinta jangan tanya laaa. dan  sejujurnya aku down sangat sangat pada awalnya , yelaa kawan kawan lain semua pass tapi aku je , aku ni bengap sangat kot, okay stop! jadi kat sini   

1) Don't blame yourself  littlegirlemoticon

Jangan salahkan diri 100% takdir dan paling penting think positive.. 
cakap kat diri sendiri , okay takpe kali ni gagal mungkin sebelum ni aku tak cukup bagus , belajar main main , semua benda buat acuh tak acuh , kurang berusaha. Ambil iktibar dari benda yang berlaku dan kita kena redha , setiap yang jadi dalam hidup ni mesti ada hikmah mungkin Allah akan bagi yang lebih baik . 

      ''Selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.''


2) Don't Give up littlegirlemoticon

Jangan sekali kali putus asa. Bila kita gagal opkos laa sedih , boleh bersedih tapi jangan lama-lama . Sampai bila kan? Hidup kita ni tak lama , sekali je . walaupun kita gagal sekali sekiranya kita masih ada peluang untuk tebus kesilapan , kita cuba , cuba perbaiki mana silap dan apa yang menyebabkan kita gagal. Jangan biarkan rasa kecewa tu menyelebungi hidup kita.

3) Fighting! littlegirlemoticon

haippp! bukan fighting gaduh gaduh tu . tapi berUSAHA! macam drama korea salu buat untuk bf dia , fighting! fightingg! kalau tak minat korea mohon jangan lempang aku pulak , ni contoh je . hikhikk.
Jadi kat sini , berusaha lah selagi mampu , selagi hayat dikandung badan dan selagi boleh! jangan cepat mengalah , usaha majukan diri walau apa pun , berusaha jadi kan diri hamba yang diredhai Allah , jadi manusia yang berguna, disenangi ramai orang dan jadi anak yang soleh/solehah yang boleh membanggakan ibu bapa kita , kita sama sama perbaiki dan usaha ok!

             ''Gagal bukan bererti kalah,Gagal bukan bererti gagal selamanya,
Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan.
 Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas.
Kegagalan mematang dan mendewasakan kita
 Kegagalan juga mengajar kita berdiri dikaki sendiri.''



4) Keep Calm and Be strong littlegirlemoticon

Bertenang , dan kuatkan semangat , anda boleh! yesss, u can, gagal bukan akhir segalanya , kita gagal kerana belum ada rezeki , Allah tahu apa yang terbaik , kita cuma buat yang terbaik untuk diri sendiri. setiap perkara yang kita lakukan jika niat betul , Lillahitaala , insyaAllah  Allah akan permudahkan .





5) Confident  littlegirlemoticon

Sebab apa kena yakin? sebab kita tahu Allah ada bersama kita , setiap ujian yang Allah bagi , kerana Allah sayangkan kita. Kita je kadang-kadang leka , lalai dalam kenikmatan yang diberi.

Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Mungkin sekarang kita gagal , satu hari nanti buktikan kegagalan bukan penghalang segalanya .


6) Bersangka Baik Terhadap Ujian Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan:

“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal.” ( At-Taubah: 129)


7) Tawakal kepada Allah

Lepas kita dah usaha , dah buat sehabis mampu , doa dan tawakal kepada Allah. Sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, selarikan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau hasil segala usaha kita.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Barang siapa yang berusaha dia akan berjaya”.

insyaAllah , selagi kita diberi peluang bernafas di muka bumi ni kita kena berusaha perbaiki diri, ingat ! Gagal sekali , bukan gagal selamanya , pesanan ni buat diri aku sendiri jugakk

p/s : Bittaufiq wannajah for candidate SPM & STPM . Doakan kejayaan adik aku dalam stpm :)


No comments:

Post a Comment