THEM :)

Alhamdulillah , even belum sampai sebulan aku kat poli ni aku rasa dah boleh sesuaikan diri. Mungkin pada awalnya rasa serabut. stress normal la kan , kat tempat baru, sekarang dah boleh manage sendiri , awal2 ari asyik merungut je , tu tak kena ni tak kena. tapi cuba fikir balik , kesusahan tu yang buat kita lebih kuat bukan , tak ada apa kat dunia senang je , free je. camtu baik takyah hidup :p

Aku ditempatkan di kelas DRG 3C , seriously aku rasa macam down sangat, ada ke orang nak kawan ngan aku kan , yelaa aku ni lepasan KK. hmm , yang lain sume comfirm pandai2. tapi takpelah , aku cuba , cuba yang terbaik semampu aku.

Mula -mula ingatkan aku sorang je BRIDGING tapi ada juga dalam 3 orang , tapi sume laki. sangat susah na wat discussion , hmm . yelaa kalau ada pape takkan 24 hours nak ngan dorang kan , classmate yang lain pun ok , normal kan kadang2 ada yang annoying sikit. ehh , kemon laa tak semua orang akan suka kita, tp sekurang2nya kita tak susahkan orang, please take notee!

Dalam kelas ni aku rapat dengan sorang budak normal dan 3 orang budak khas. yesss. khas? mesti pelik kann, kenapa? sebab dorang best. mula mula tak tau pun dorang ni deaf, bila dah kenal baru tahu. Ni haaaa . nama dorang eamie n iffah . comel kann??




dari kiri eamie , ipah  dan kanan aku n amie :)

they're so cuteee. always make me smile and laugh. i'm so proud of them , eamie n ifah sangat kuat semangat , even ada kekurangan , tapi tak semestinya kekurangan tu buatkan kita lemah . eamie , iffah n farhan deaf. tapi boleh cakap n dengar sikit sikit , cuma pelat tapi comel! suka sangat kawan ngan dorang .

sekarang aku tengah belajar bahasa isyarat. hahaah! harap2 lulus. even baru basic tapi aku seronok , sekurang2nya aku belajar sesuatu yang baru , aku memang lembap gila , belajar ABC je kott. seminggu baru pass! 
amie yang tudung biruu dia normal macam aku . orgnya lembut sangat , seorang yang sangat soft spoken , dia orang 1st aku kenal dalam kelas. thanks babe sbb sudi jadi kawan yang baik . hehee. hope sampai abes belajar pun kita still together with ipah n eamie also farhan walaupun guna bahasa isyarat utk berinteraksi dengan dorang aku rasa seronok sangat , nanti aku nak belajar lagi sampai pro . hahaa  :)

p/s  :  sebenarnya banyak lagi gambar tapi tak dapat nak upload , lain kali lah . sebab usb aku cam takleh pakau je , grrr, stress aku.







Tryin' to be Cool

31 Dis 2012

Alhamdulillah , aku diterima masuk ke Politeknik Premier Ibrahim Sultan dan hari ini aku terbang ke Pasir Gudang , eh terbang ke? tak laa. naik kereta je. wuwuwu. Pukul 11 aku sampai diperkarangan PIS dan aku ditemani mama pergi membuat pendaftaran dan bayaran , selesai je semua aku daftarkan diri di KAMSIS pulaa\, barang dibawa naik , mujur aras 1 je. kalau aras 4 menangis aku. haha! 

esoknya aku terus ke kelas. tak tau nak cakap camne. aku sampai sesat mencari kelas. dari asrama nak ke jabatan 15 minit berjalan , mula mula memang tak biasa jalan jauhh tapi alhamdulillah lepas seminggu ok laa. walaupun berpeluh, ( nak kurus kan :p)
Alhamdulillah , aku diberi peluang belajar disini dan aku mempunyai kawan kawan yang baik , walaupun aku baru masuk tapi layanan mereka sangat baik . semoga terus berterusan , pada awalnya tipulah kalau aku kata aku tak down , tiap malam menangis kenangkan nasib. ehh , takde laa aku cuma sedih semua seolah olah baru bagi aku walaupun dah banyak pengalaman jauh dengan keluarga cuma kali ni situasa agak berbeza. tapi aku janji aku akan teruskan walaupun susah camna pun , aku taknak mama ngan ayah susah hati.
yelaa , umur aku dah berapa. kawan kawan yang lain semua dah grad dan dah kerja pun , aku masih di sini. tapi takpe aku tahu peracangan Allah sangat hebat. dan aku akan berusaha untuk berjaya.

ya Allah kuatkan semangat ku , tabahkan hatiku , redhai aku dan berkati perjalanan hidupku , permudahkanlah segala urusanku .


Segala ujian yang Allah bagi tu semua tanda Allah sayang, kita sendiri kena kuat dan terus kuat , bila tersungkur kita masih boleh bangkit , kesusahan dan kepayahan tu boleh di atasi jika akal dan minda sentiasa positif walaupun kita manusia biasa yang seringkali lalai dan alpa. takpe Allah ada. yakin Allah sentiasa ada . Lupakan benda yang pahit yang pernah menjadi duri dan bisa , teruskan kehidupan selagi masih diberi peluang untuk bernafas dan bertaubat dimuka bumi Allah , insyaAllah :) 



Semoga yang mendatang, lebih baik. insyaAllah.

bersyukurlah,
masih dihidupkan hingga ke saat ini.
berterima kasihlah masih bernafas dan bernyawa hingga ke detik ini.
disebalik semua salah dan silap,
yang kita kesali, dan kita ulangi,
berkali-kali.


disebalik semua nikmat yang kita persiakan.
disebalik semua nikmat yang kita abaikan.
DIA masih tak jemu melimpahkan rahmat dan kasih sayangNYA.
disebalik kemurkaan yang kita lakukan terang-terangan dan sembunyi,
DIA masih menerima dan menanti kita kembali.

berbahagialah,
disebalik semua keluh kesah kita pada kekurangan,
DIA masih membantu kita menjalani hidup penuh kekuatan.


teruslah berharap dan percaya,
bahawa, DIA, adalah sepertimana sangkaan kita pada-NYA.”