Alhamdulillah

Dari siang tadi jantung aku tak berhenti berdebar .   lepas pukul 12 aku tak boleh tidur  apa lagi on lappy pastu  pergi portal politeknik untuk semak permohonan , macam biasa aku masukkan ic . 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 MAKLUMAT ANDA TIADA DALAM PANGKALAN DATA


Ya Allah, aku tak isi ke? aku tak hantar ke. aku ada silap isi ke? macam macam rasa time tu. hmmm , aku dah rasa macam mmg bukan rezeki aku 

tapi tak puas hati lg ni , tengok portal tu dan baca semula. rupanya rupanya untuk fasa 2 punya application pukul 12.00 baru boleh check. mmg laa tak ada. haihhh! *ketukkepalasendiri 

ok , dah lega, tp sebenarnya belum lega :( takut nak tengok result besokk . dalam aku berdebar aku tertdo .
zzzzzzzzzzzzzZZZZZ 
.
.
.
.
.
..
..

.
celik mata

tak sabar gilaa nak check result.. pergi portal poli cam biasa darah gemuruh aku takkan hilang dannnn..........


this is!!

tak tau apa perasaan aku , yang pastinya aku gembira. sangat sangat  . Alhamdulillah , syukur ya Allah , walaupun aku lambat dapat diploma sekurang2nya aku masih berpeluang, sejujurnya aku cemburu dengan kawan kawan yang lain , masing masing dah amik degree. dan aku?? hmm  but its okay , ini pun aku dah besyukur sgt. mama selalu pesan , tak apa kak kalau lambat dari yang lain pun , akak dah buat yang terbaik dan Allah dah tentukan segalanya, perjalanan hidup ni memang boleh dirancang tapi bukan hak kita untuk tentukan. aku 21 dan aku baru nak ambil diploma. maluu?? tak laaa , belajar kan tak kira umur. so aku okayy!  selama ni mama yang banyak support  , mama sebagai sumber inspirasi aku. mama yang umur 46 boleh belajar lg, kenapa aku tak? mama masih gigih lagi, kadang2 maluuu tgk , kenapa laa time skola dulu malas sangat , sobsss .
 ok 

4 comments:

  1. syukur , alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah!Rumah akak depan PIS je.Contact akak kat FB boleh kita berkenalan... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyeeehhh kak :) nti ain add akak kt fb ,

      Delete