Penat.
Aku tahu dia penat.
Lihat saja wajahnya.
Lelah.
Semalam saja dalam
tangisnya dia menadah,
Katanya,
Tuhan, jalan ini
tolong bagi mudah,
Kerana dia hampir
putus asa.
Rebah.
Bila-bila masa dia
boleh rebah,
Tapi dia memilih untuk
gagah.
Kecewa,
Dia memang pernah
kecewa,
Dia pernah luka,
Dia pernah merasa
lara.
Dia mahu sang pendusta
mengubat lukanya,
Dia mahu sang
petualang merawat laranya,
Dia mahu kepingan
hatinya yang hancur disatukan,
Menjadi sekeping hati
yang sempurna punya rasa.
Tapi dia tahu,
Itu tugas Tuhan
semata,
Maka segala lara,
segala duka kecewanya,
Semuanya dihamburkan
pada Tuhannya.
Kerana dia tahu penat,
lelah, kecewa dan lukanya,
Penawarnya cuma Dia.
Lalu,
Dia terus bertahan
agar tidak rebah,
Dia memilih untuk
terus tabah,
Hatinya kini milik
ALLAH semata.
Puisi untuk kita yang
memilih untuk gagah.
sumber
No comments:
Post a Comment